Bukan sekadar blog

Hiburan

Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

Penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan, Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee, 44, menghembuskan nafas terakhir jam 4 petang tadi selepas bertarung dengan sakit kanser.

Memetik laporan Harian Metro, Maya disahkan meninggal dunia oleh penyanyi dan penyampai radio, Haiza.

Menurut Haiza, dia mendapat perkhabaran sedih ini dari penyanyi Ieda Moin serta masih menanti maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

Selain lagu Matahari, Maya yang pernah menyertai Gegar Vaganza pada tahun 2018 juga popular dengan lagu Diari Biru.

Selain bidang nyanyian, Maya juga merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem seperti Gemerlapan, Zaiton Ceritaku serta banyak lagi drama di kaca televisyen.

Sebelum ini, Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, tetapi bercerai pada 17 Ogos 2015.

Salam takziah diucapkan keluarga Maya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Al-Fatihah.

Loading...

Leave a Reply