Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Mat Sabu silap cakap, bukan laporan audit tetapi laporan kewangan LTAT

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengaku tersilap dengan mengatakan Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) sedang dalam proses menyediakan laporan audit yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sedangkan lembaga itu sedang menyiapkan laporan kewangan tahunan.

“Merujuk kepada ceramah saya di Rantau, Negeri Sembilan malam tadi , saya ingin menjelaskan bahawa saya sebenarnya memaksudkan laporan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan bukannya laporan audit seperti yang dilaporkan media.

“Laporan kewangan sedang dalam proses disediakan oleh LTAT dan akan dikeluarkan dalam jangkamasa terdekat.

“Segala kekeliruan amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap semasa Ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Kampung Mambau malam tadi mengatakan Kementerian Pertahanan dijangka mengisytiharkan laporan audit kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun 2018 tidak lama lagi.

Katanya, laporan audit LTAT yang diisytiharkan pada tahun lalu tidak menunjukkan prestasi kewangan yang sebenarnya.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén