Bukan sekadar blog

Berita Utama

Masjid ditutup kerana Covid-19, warga Bangladesh laung azan di luar pagar

Seperti yang diketahui umum, Singapura telah menutup sementara kesemua 70 masjid di republik itu sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak COVID-19.

Walaupun ‘dilarang’ memasuki kawasan masjid, masih ada individu yang datang ke rumah ibadah tersebut termasuk seorang warga Bangladesh ini yang hadir untuk melaungkan azan meskipun terpaksa melakukannya di luar pagar.

Video menyeru orang ramai bagi menunaikan solat itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Joe Lazarie Rachmatt semalam sehingga menerima 5,600 perkongsian dan 4,300 tanda suka.

Rakaman video berdurasi dua minit tersebut kelihatan lelaki berkenaan berdiri di luar pagar masjid sambil memandang ke arah kiblat lalu melaungkan azan denngan penuh kemerduan.

Manakala Joe pula tidak melepaskan peluang bagi merakam momen itu yang turut kelihatan notis penutupan ditampal di pagar masjid selain menjawab lafaz seruan azan dan iqamat.

Rata-rata netizen kagum dengan kelunakan suara itu sehingga menimbulkan perasaan sebak serta mendoakan agar Allah merahmati pemuda tersebut.

Loading...

Leave a Reply