Bukan sekadar blog

Berita Utama

Mangsa kelima kemalangan di Sungai Buloh meninggal dunia

SEKINCHAN – Pemandu kereta PROTON Satria yang parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 448, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Sungai Buloh, semalam, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) pada jam 12.25 tengah hari tadi.

Kematian Mohamad Taslim Jamsari Mohamad, 31, itu menjadikan keseluruhan lima mangsa maut akibat kemalangan berkenaan iaitu isterinya, Ain Faizra Mohd Yazid, 25; anaknya, Nur Tiara Arisha berusia sembilan bulan; ibunya Ruzi Osman, 54 dan neneknya, Asiah Mat, 74.

Loading...

Dalam kemalangan jam 12.05 tengah malam semalam, Ain Faizra dan Asiah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nur Tiara Arisha dan Ruzi meninggal dunia ketika ketika menerima rawatan di HSB, semalam.

Bapa saudara mangsa, Akbar Osman, 50, berkata Mohamad Taslim 31, disahkan meninggal dunia selepas sehari dirawat di HSB.

“Keadaan arwah (Mohamad Taslim) sebelum ini tidak dapat dipastikan kerana dirawat di zon merah HSB.

“Bagaimanapun, dia meninggal dunia tengah hari tadi (semalam) dan saya sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

BH semalam melaporkan empat sekeluarga maut selepas kereta PROTON Satria dinaiki semua mangsa, dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX yang datang dari arah belakang.

Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan menuju ke Sepang untuk melawat keluarga mereka.

Jenazah Mohamad Taslim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23, Sungai Nibong, hari ini.

Loading...

Leave a Reply