Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Mana satu mama…’ – Menjelang Ramadhan, 4 beradik ini jadi yatim piatu sekelip mata

UMAT Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi. Setiap insan sudah pasti tidak sabar-sabar untuk berbuka bersama orang tersayang.

Namun, Ramadhan kali ini menjadi satu detik sedih buat empat beradik ini yang bergelar yatim piatu selepas kedua-kedua ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Kuala Kubu Bharu, lima hari lepas.

Difahamkan ketika kejadian, motosikal yang ditunggangi Mohd Adly Ahmat dan isterinya, Intan Safinaz Mohd Haris terbabas di lorong tengah sebelum dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga FL.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

“Mana satu mama saya….”

Majlis pengurusan dan pengebumian jenazah berjalan lancar, namun, apa yang merentap jiwa orang ramai yang hadir apabila salah seorang anak mangsa bertanyakan akan jenazah ibunya.

Pertanyaan anak itu telah membuatkan suasana bertambah pilu kerana anak-anak tidak dapat melihat wajah arwah ibu bapa mereka buat kali yang terakhir berikutan keadaan jenazah yang agak kritikal.

Disolatkan ratusan jemaah…

“Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menangisi pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jenazah diturunkan ke liang lahad satu-persatu…”

Arwah seorang yang sangat menyenangkan

Menurut perkongsian daripada pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia di Facebook, segala urusan pengebumian ditanggung sepenuhnya oleh rakan-rakan pasangan tersebut yang bekerja di Texas Instrumental.

Lebih mengharukan, arwah Mohd Adly disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan menyenangkan, sehinggakan solat solat jenazah terpaksa dilakukan sebanyak empat kali kerana jumlah jemaah yang terlalu ramai.

“Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwah suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenazah mereka sahaja sampai 4 kali…”

Kedua-dua jenazah selamat disolatkan oleh ratusan jemaah yang hadir dan telah dikebumikan di kampung halaman arwah di Kampung Paya, Port Dickson.

Al Fatihah buat Mohd Adly Ahmat dan Intan Safinaz Mohd Haris

Sumber: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Leave a Reply

Theme by Anders Norén