Bukan sekadar blog

Berita Utama

Malaysia rekod 6 kematian akibat Covid-19 hari ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat enamlagi kes kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 43 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 5 petang Selasa 12, terdapat 140 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,766 kes.

Katanya, sehingga kini, seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan perincian kepada enam kematian yang direkodkan dalam 24 jam yang lalu:

  • Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac jam 4.04pm.
  • Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki tempatan 69thn yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada 27 Mac di rumah dan jenazah dibawa ke HKL.
  • Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 1.03pm.
  • Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
  • Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia 31 Mac, 7.09am.
  • Kes kematian ke-43 (kes ke-2629), lelaki tempatan 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30pm.

Loading...

Leave a Reply