Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

Malaysia jadi Afghanistan dikuasai Taliban jika UMNO-Pas memerintah

TAIPING – Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, pembentukan kerajaan UMNO-Pas merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita.

“UMNO dan Pas telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala golongan Melayu yang sederhana dan berfikiran terbuka pula menjadi berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat berkenaan harus bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke aras pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana dan bukannya ekstrim,” katanya.

Kor Ming dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu aktiviti sempena dengan sambutan Hari Wanita di Kampung Aulong di Taiping, Perak pada Jumaat.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, UMNO dan Pas bagaikan dua kapal yang semakin tenggelam dan mereka cuba menyelamatkan diri dengan berpaut bersama.

“Sesetengah pemimpin UMNO sudah didakwa di mahkamah dan parti itu penuh dengan skandal. Dalam Pas pula, terdapat juga pemimpinnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau juga menyatakan kekesalannya apabila MCA dan MIC masih “berpelukan” dengan UMNO

“Jika Pas bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” katanya – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén