Bukan sekadar blog

Berita Utama

Malaysia catat kematian ke-10 Covid-19

Hanya beberapa jam selepas kes kematian kesembilan dilaporkan hari ini, Malaysia mencatat kes kematian kesepuluh akibat jangkitan Covid-19, petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun.

Korban terbaru itu merupakan pesakit kes ke-259 dan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020.

“Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05petang, 22 Mac 2020,” kata Noor Hisham dalam kenyataan medianya petang ini.

Loading...

Leave a Reply