KUALA LUMPUR – Malaysia berdepan risiko aliran keluar dana kira-kira AS$4 bilion (RM16.5 bilion) oleh dana pasif dan tambahan AS$2 bilion hingga AS$4 bilion oleh dana aktif, sekiranya penyedia indeks global, FTSE Russell mengeluarkan bon Malaysia daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), demikian menurut Maybank Kim Eng.
Firma penyelidikan itu berkata, ia bermakna risiko aliran keluar berjumlah AS$6 bilion hingga AS$8 bilion atau kira-kira RM24 hingga RM33 bilion mengikut anggaran.
“Keputusan muktamad mengenai sama ada untuk memasukkan atau mengecualikan Malaysia dari senarai susulan kajian tahunan pada September 2019.
“Sekiranya FTSE Russell memutuskan untuk mengeluarkan Malaysia dari WGBI, penjualan asing mungkin akan menumpukan perhatian kepada MGS (Sekuriti Kerajaan Malaysia), kerana pada masa ini indeks WGBI tidak mengecualikan GII (Terbitan Pelaburan Kerajaan),” menurut firma berkenaan dalam satu nota kajian hari ini.
Katanya, risiko bon Malaysia yang dikecualikan daripada WGBI akan lebih cenderung terkesan daripada tidak, melainkan perubahan asas dibuat untuk meningkatkan tahap akses pasaran Malaysia.
Firma itu menjelaskan, kriteria yang digunakan untuk menilai akses pasaran negara termasuk pasaran, persekitaran makroekonomi dan pengawalseliaan, struktur pasaran pertukaran asing (FX), struktur pasaran bon dan penyelesaian global dan jagaan.
“Sehubungan itu, penyedia indeks menunjukkan bahawa mereka akan terus terbabit dengan pengawal selia tempatan dan peserta pasaran untuk menilai potensi perubahan, oleh itu masih terdapat ruang untuk maju,” kata firma itu.
Bagaimanapun, Maybank Kim Eng berkata, sentimen kejam terhadap MGS mampu mencetuskan ketidakpastian dan kesan material yang mana dikecualikan daripada WGBI.
Firma itu berkata, sejak Mac, Maybank menurunkan prospek MGS daripada kenaikan harga sederhana kepada neutral kerana hasil telah mencapai sasarannya.
Maybank juga mengekalkan unjurannya – lemah – terhadap ramalan hasil 10 tahun MGS pada 3.90 peratus pada akhir Jun 2019, memandangkan hasil yang tidak menarik.
Maybank Kim Eng berkata, pengecualian Malaysia daripada WGBI tidak muktamad namun dana aktif boleh keluar pada kedudukan tertentu terlebih dahulu.
“Penyingkiran sebenar daripada indeks akan menyebabkan aliran keluar tambahan terutamanya daripada dana pasif dan kemungkinan menurunkan graf MGS,” katanya.
Pada Isnin, FTSE Russell meletakkan tahap kebolehaksesan pasaran Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Global dalam pemerhatian berikutan penurunan daripada paras semasa 2 kepada 1, susulan kebimbangan mengenai kecairan pasaran, di akhir tempoh kajian pada September.
Penurunan ini akan menyebabkan kerajaan Malaysia tidak layak untuk memegang indeks yang membantu mengembangkan pasaran tempatan kepada pelabur global.
Leave a Reply