Buat mereka yang meminati drama Melayu sudah pasti mengenali pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih mesra disapa Mak Jah.
Gelagat Mak Jah yang kepoh dan sering melatah itu membuat para penonton tidak kering gusi, namun sejak akhir-akhir ini jarang kita lihat lakonannya di kaca televisyen.
Hidap kanser rahim…
Rupa-rupanya ketiadaan Mak Jah adalah disebabkan wanita berusia 71 tahun itu telah disahkan menghidap kanser rahim dan kini masih dalam proses rawatan.
Dramatis terkenal itu berkata, dia telah menjual barang kemas miliknya hanya untuk menampung kos rawatan penyakit kanser yang sedang dihadapinya. Baginya kesihatan lebih diutamakan berbanding harta.
“Barang kemas boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang ganti. Selagi boleh berusaha, saya tidak mengalah untuk bebaskan diri daripada penyakit itu,” katanya.
Murung 6 bulan kini bangkit semula…
Menceritakan semula detik awal disahkan kanser, Mak Jah mengakui sukar buatnya untuk menerima kenyataan itu sehingga mengalami kemurungan hampir enam bulan.
Namun, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, kini tahap kesihatannya sudah semakin beransur pulih dan sudah mahu kembali semula dalam dunia lakonan.
Semoga, Mak Jah bertambah sihat dan terus menyinari industri lakonan kerana pasti ramai yang mula merindui hasil lakonan daripada Mak Jah.
Leave a Reply