Bukan sekadar blog

Berita Utama

Majikan tolak cadangan suami cuti tiga hari sambut anak baru lahir

KUALA LUMPUR — Kementerian Sumber Manusia mencadangkan tiga hari cuti bergaji kepada pekerja lelaki sektor swasta yang isterinya dalam tempoh bersalin.

Timbalan menterinya berkata kabinet belum meluluskan cadangan itu dan kerajaan mungkin tidak dapat meminda Akta Pekerjaan 1955 pada sidang Parlimen akan datang.

Ditanya cadangan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) membiayai kos cuti bersalin itu, Datuk Mahfuz Omar menolaknya.

“Macam mana boleh Socso pulak? Para majikan juga dapat tiga hari,” kata wakil rakyat Pokok Sena kepada Malay Mail.

“Mereka sepatutnya melihat bagaimana untuk memotivasikan pekerja berkhidmat dengan baik. Mereka sepatutnya berkongsi keuntungan.”

Penjawat awam lelaki di Malaysia kini diberi tujuh hari cuti untuk isteri bersalin.

Pengarah Eksekutif MEF pula menggesa kerajaan menyediakan Socso atau Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) daripada cadangan syarikat membiayai cuti tiga hari itu.

Datuk Shamsuddin Bardan berkata cadangan kerajaan mengenai cuti tiga hari dibiayai majikan menyebabkan syarikat menanggung kerugian RM157.2 juta atau RM52.4 juta sehari.

Loading...

Leave a Reply