Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Info

‘Maaflah dah 19 tahun takdok tangan…’

BENARLAH kata orang cinta itu memerlukan keikhlasan dan setiap pasangan perlu menerima si dia seadanya.

Seperti perkongsian Nuha Adenan di laman Twitter miliknya, dia tidak malu memiliki teman lelaki kurang upaya malah dia juga membuktikan masih ada gadis yang tidak mengejar kesempurnaan fizikal untuk bercinta.

Menerusi video pendek berdurasi 2 minit 20 saat, Nuha berkongsi momen indah menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya yang dilahirkan tanpa sebelah tangan, baru-baru ini.

Menurut Nuha, dia berasa sangat gembira melihat teman lelakinya tersenyum.

“Saya tahu kehidupan awak bukanlah mudah. Awak telah harungi banyak dugaan sejak kecil lagi sehingga sekarang. Awak layak untuk gembira, sayang,” tulisnya.

Nuha dan teman lelakinya yang kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu turut mengharapkan netizen mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

“Tolong doakan kami untuk peperiksaan akhir ini. Kami berdua sedang mengambil jurusan pengurusan perniagaan di universiti sama.

“Semoga kami mendapat keputusan cemerlang dan si dia ada semangat untuk belajar. Amin,” tambahnya lagi.

Perkongsian Nuha mengundang sebak netizen dan rata-rata mereka mendoakan hubungan mereka kekal serta dipermudahkan segala urusan.

Sejak dimuat naik Sabtu lalu, entri Nuha dengan kapsyen ‘Happ Birthday Love, katanya maaflah dah 19 tahun tiada tangan’ kini telah mendapat lebih 23,200 ciap semula dan lebih 26,200 suka.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén