SETIAP pasangan suami isteri sudah pasti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata. Ini kerana, anak adalah kurniaan Allah yang paling bernilai bagi mereka yang mendirikan rumah tangga.

Namun, tidak semua suami isteri yang berpeluang memiliki cahaya mata di awal perkahwinan mereka. Ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dapat menimang cahaya mata.

Aidilfitri tanpa cahaya mata…

Baru-baru ini, seorang lelaki telah meluahkan isi hatinya di Facebook apabila sering ditanya perihal anak oleh sanak-saudara setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Luahan hati Farhad Hassan yang dikongsi di Facebook miliknya ini tular dan mendapat lebih 5 ribu perkongsian sejak ia mula dimuat naik.

Ikuti luahan lelaki ini di bawah:

Jangan pertikaikan rezeki Allah

Menurut Farhad, yang turut belum dikurniakan anak selepas lima tahun berkahwin, dia sering mengingatkan diri supaya tidak mempertikaikan rezeki Allah.

Jangan cari salah pasangan, sebab tak dapat zuriat

Baginya, perkahwinan tanpa zuriat tiada yang berkurangan namun apa yang penting adalah membimbing isteri dan sebagai suami tunaikan tanggungjawab dengan baik.

Jangan bersedih…

Setiap orang memiliki rezeki yang berbeza-beza, jika belum dikurniakan zuriat gunakanlah peluang dan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangan.

Kepada suami, beri sokongan emosi kepada isteri

Sumber: Farhad Hassan

Loading...