Bukan sekadar blog

Sukan

Liverpool juara Eropah kali keenam

MADRID – Liverpool akhirnya memastikan musim menakjubkan mereka ditutup dengan kejuaraan apabila jaringan Divock Origi dan Mohamed Salah memastikan pasukan itu muncul juara Eropah selepas menumpaskan Tottenham 2-0 di Stadium Wanda Metropolitano, sebentar tadi.

Ini adalah kejuaraan Eropah keenam buat Reds, namun yang pertama sejak kali terakhir muncul juara pada 2005.

Kemenangan itu disambut penuh emosi buat pemain dan penyokong mereka kerana penantian untuk bergelar juara berakhir jua selepas kali terakhir merasai nikmat kejuaraan pada 2012 dengan memenangi Piala Liga.

Loading...

Biarpun mengarungi detik mencemaskan dalam sebahagian besar babak kedua, namun Liverpool berjaya mempertahankan kelebihan 1-0 yang dimiliki hasil sepakan penalti Salah seawal minit kedua.

Pemain gantian, Origi menutup kebangkitan yang cuba dilakukan Spurs apabila menambah gol kedua ketika permainan berbaki tiga minit untuk ditamatkan.

Kemenangan ini juga menebus kehampaan Liverpool yang tewas kepada Real Madrid dalam final tahun lalu, selain tewas tipis dengan satu mata di belakang Manchester City dalam persaingan Liga Perdana Inggeris musim ini. – AGENSI

Loading...

Leave a Reply