Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Tragedi

Lima temui ajal gara-gara memandu dalam keadaan mengantuk

RAUB – Lima maut manakala tiga lagi cedera parah selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan kereta Perodua Viva di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah dua beranak iaitu penumpang hadapan kereta Perodua Myvi, Hasliza Arini Muhamad @ Hamid, 34; dan penumpang belakang kenderaan itu, Muhammad Khalish Kautsar Mohd. Syaril, 2.

Selain itu turut maut dalam nahas kira-kira pukul 2.45 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Perodua Viva, Nasrul Fakhri Mansor, 38, dan dua penumpang perempuan kenderaan berkenaan termasuk bayi berusia setahun yang masih belum dikenal pasti identiti.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan ke arah Kota Bharu, Kelantan manakala kereta Perodua Viva dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Perodua Viva yang dipercayai mengantuk gagal mengawal kenderaannya sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua MyVi yang sedang menghala ke Kota Bharu,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén