Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lelangit budak dua tahun koyak teruk gara-gara wisel hari jadi

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera pada bahagian lelangit selepas tertusuk alat tiupan hari jadi, hari ini.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Nur Hidayah Baharom, kejadian berkenaan berlaku sekelip mata selepas anaknya tersembam ketika sedang meniup alat mainan tersebut.

“Masa itu anak saya sedang bermain dengan alat tiupan itu sebelum tersembam secara tiba-tiba.

“Darah banyak keluar tak berhenti sampai saya menggigil. Anak saya menangis sampai tiada suara dan mukanya membiru.

“Saya basuh muka anak dan beri dia minum air sejuk untuk menghentikan pendarahan. Bila darah dah berhenti keluar, saya tengok ada koyakan besar di lelangitnya,” katanya.

Menurut Nur Hidayah, dia bergegas membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Di hospital, doktor terus menghantarnya kepada pakar untuk dijahit berikutan bahagian dalam mulut yang nipis,” katanya.

Nur Hidayah berkata, kejadian itu menjadi peringatan kepadanya agar lebih berhati-hati dalam memilih permainan yang sesuai untuk anaknya.

“Saya cuma inginkan anak gembira tapi tak sangka berlaku kejadian ini walaupun hanya sebatang straw,” katanya.

Loading...

Leave a Reply