Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Nyawa melayang gara-gara pemandu wanita keluar simpang tak bagi signal

SEMALAM tular di media sosial video seorang lelaki menampar dan menumbuk seorang pemandu wanita yang dikatakan menukar lorong tanpa memberikan isyarat.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Keramat, Kuala Lumpur itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Bukan mahu menyebelahi sesiapa, tetapi hakikatnya kecuaian pemandu sememangnya satu masalah besar kerana ia melibatkan nyawa dan masa depan orang lain.

Adik meninggal sebab pemandu kereta tak bagi signal

Seorang pengguna Facebook terpanggil untuk berkongsi kisah yang menimpa adik kepada rakannya yang maut dalam satu kemalangan jalan raya akibat daripada kecuaian orang lain.

Menurut Sharell Eizwan, adik rakannya itu terlanggar kereta dipandu seorang wanita yang gagal memberikan isyarat ketika keluar dari simpang.

Mangsa dikatakan koma selama lima hari sebelum meninggal dunia.

Menerusi perbualan Whatsapps, pemandu wanita yang terlibat tetap mahu menyalahkan mangsa kerana melanggar keretanya walaupun ketika itu mangsa berada di jalan utama sedangkan wanita berkenaan mahu keluar daripada simpang.

Datang minta maaf, tapi enggan mengaku salah…

Menurut Sharell Eizwan, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis tahlil.

Sepanjang lima hari koma di hospital, pemandu itu datang sekali hanya untuk meminta maaf tetapi enggan mengaku salah.

Bukan nyawa kita seorang sahaja yang berada di jalan raya, tanamkan sifat ihsan dalam diri supaya menjadi pemandu yang berhemah agar tiada lagi yang perlu terkorban dek kerana sikap lalai orang lain.

Sumber: Sharell Eizwan

Leave a Reply

Theme by Anders Norén