Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Video OKU dibelasah sekumpulan lelaki tular

Viral di media sosial video seorang lelaki OKU dibelasah bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki muda tanpa belas kasihan.

Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi dan puncanya itu dipercayai berlaku di negeri Pantai Timur berdasarkan percakapan orang awam dalam video tersebut.

Lelaki itu disepak dan ditendang tanpa belas kasihan sebelum dileraikan oleh kampung yang menyaksi kejadian itu.

Kejadian itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Netizen menyifatkan tindakan sekumpulan lelaki itu sebagai satu tindakan pengecut dan lebih teruk daripada binatang.

Mereka beranggapan orang ramai tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri jika OKU itu bersalah sekalipun.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén