SETIAP pasangan pengantin mempunyai cara yang tersendiri bagi meraikan majlis perkahwinan masing-masing. Ia termasuklah pemberian hantaran yang paling bermakna kepada pengantin lelaki dan perempuan.

Al-Quran tulisan tangan jadi hantaran

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang jurugambar perkahwinan telah menceritakan perihal rakannya yang memberi hantaran senaskah al-Quran yang ditulis sendiri kepada pengantin perempuan.

Tiga tahun ambil masa tulis tangan

Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin mendapat perhatian warga Twitter berikutan kegigihan pengantin lelaki tersebut memberikan sesuatu yang begitu istimewa buat isterinya.

Menurut Raja Nazrin, Al-Quran itu ditulis ketika dia dan rakannya itu sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tiga tahun lalu.

Cantiknya tulisan jawi dia..

Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.

Hadiah paling bermakna buat isteri

Semoga rumahtangga kekal bahagia

Sumber: Raja Nazrin

Loading...