Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lelaki dicekup tak puasa, bagi alasan tidak sempat sahur

SEORANG lelaki memberi alasan tidak bersahur menyebabkan dia terpaksa makan di sebuah kedai makan bukan Islam, sebelum ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas selesai makan nasi goreng dan teh ais cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Kedah, Syeikh Azhari Mohamad, berkata lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak berpuasa menyebabkan dia disaman kerana tidak menghormati bulan puasa.

Katanya, lelaki yang bekerja di kedai menjual kereta itu disaman mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan di tempat awam.

“Dalam operasi hari ini, kita mengeluarkan tiga saman ke atas individu yang dikesan makan di tempat awam dan merokok di khalayak ramai.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Seramai 25 anggota penguatkuasa, termasuk dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar melakukan operasi di kawasan yang disyaki menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.

Loading...

Leave a Reply