Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lelaki dibelasah kerana dedah ‘spoiler’ filem Avenger: Endgame

PENGARAH filem Avengers: Endgame sebelum ini telah mengeluarkan surat memohon orang ramai tidak mendedahkan spoiler mengenai filem itu kepada mereka yang tidak berkesempatan menonton filem itu lebih awal.

Malangnya, lelaki ini bertindak mendedahkan spoiler filem tersebut kepada penonton yang masih menunggu giliran di luar pawagam menyebabkan dia dibelasah sehingga mengalami pendarahan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Hongkong pada 24 April lalu, di sebuah pawagam di Causeway Bay.

Menurut laporan media, mangsa berbaju putih terbabit baru selesai menonton filem berdurasi tiga jam itu dan menjerit mendedahkan spoiler filem itu di bahagian pintu masuk.

Penonton yang sedang menunggu giliran masing-masing berang dan membelasah mangsa kerana mahu memberi pengajaran kepadanya.

Gambar kejadian itu tersebar di media sosial dan netizen berkata memang selayaknya dia menerima akibat itu.

Walaupun begitu, ada yang mempersoalkan kesahihan laporan itu tetapi dijawab oleh netizen yang mendakwa berada di tempat kejadian pada waktu itu.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén