Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lebih baik kerja gaji rendah daripada tiada gaji langsung, kata PM

Bekerjalah walaupun gaji sedikit berbanding tiada gaji langsung, kata perdana menteri mengulas keengganan rakyat Malaysia melakukan pekerjaan kotor, sukar dan bahaya (3D).

“Upahnya rendah, tetapi jika awak tak bekerja, awak tak dapat apa-apa. Awak pilih,” kata Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan hari ini selepas sambutan Hari Buruh di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas tentang ucapannya sebelum itu mengenai peningkatan pekerja asing di negara ini kerana rakyat Malaysia enggan melakukan kerja 3D.

“Kerajaan mengutamakan warga Malaysia untuk pekerjaan. Bagaimanapun, saya kena kata yang kehadiran pekerja asing di negara ini berpunca daripada keengganan kita melakukan kerja tertentu, walaupun kita mampu berbuat demikian.

“Maka peluang itu direbut oleh pekerja asing. Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin.”

Dr Mahathir berkata kerajaan sedar wujud kebimbangan tentang pekerja asing dan sudah bertindak memastikan kumpulan tersebut hanya digaji sektor yang memerlukan mereka.

Beliau turut menjelaskan yang kerajaan tidak lagi boleh “memberikan duit secara percuma, seperti dahulu”, kenyataan yang boleh dianggap mengecam tindakan pentadbiran Najib Razak dan BR1M.

“Dahulu, mereka curi duit kita dan beri balik kepada kita. Kita tak boleh buat begitu,” katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu ingat yang mereka bekerja untuk memajukan negara.

“Jika awak tak kerja, duit kita pergi ke tempat lain.” – 1 Mei, 2019.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén