Bukan sekadar blog

Info

Lapar, dahaga dan letih ketika berpuasa? Ini 5 tips kekal cergas

KUALA LUMPUR ― Hari ini bermula episod umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Lapar, dahaga dan keletihan bukan suatu yang asing apatah lagi jika banyak melakukan aktiviti di tempat terbuka.

Berikut lima tips ProjekMM buat anda untuk kekal cergas sehingga waktu berbuka nanti.

1. Kurangkan pengambilan minuman bergula

Minuman bergula tidak dinafikan penting untuk memberi tenaga setelah seharian berpuasa. Namun, anda dinasihatkan mengambil air kosong melebihi kuantiti air bergula bagi mengelak berlaku dehidrasi.

Ingat, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air kosong atau lapan gelas sehari untuk kekal segar.

2. Makanan sihat untuk berbuka dan sahur

Seharian berpuasa, tidak dinafikan ramai antara kita terlalu mengikut nafsu dalam memilih juadah berbuka atau bersahur.

Kami nasihatkan anda elak pengambilan makanan terlalu pedas dan berminyak. Ini kerana makanan pedas dan berminyak mampu mengundang ketidakselesaan pada sistem pencernaan.

Loading...

Justeru, perbanyakkan pengambilan sayuran serta buah-buahan bagi mendapatkan khasiat semula jadi. Oh ya! Jangan lupa dua biji kurma untuk vitamin A, B dan C.

3. Rehat dan tidur yang cukup

Tidur yang cukup penting untuk kekal aktif sepanjang hari.

Amalkan tidur awal di waktu malam memandangkan kebanyakan antara kita akan bangun awal untuk sahur.

Selain itu, anda juga disaran untuk ‘power nap’ pada siang hari bagi menjana semula tenaga yang semakin berkurangan akibat berpuasa.

4. Bersenam

Tahukah anda, senaman masih boleh dilakukan walaupun berpuasa?

Bagaimanapun, nasihat kami elakkan senaman berat dan cuma melakukan senaman ringan.

Antara senaman ringan yang kami cadangkan seperti berjalan, jogging secara perlahan atau mana-mana yang difikirkan sesuai.

Tapi ingat, lakukan senaman sejam sebelum waktu berbuka atau dua jam selepas waktu berbuka bagi mengelak berlaku dehidrasi atau kepenatan melampau.

5. Sibukkan diri

Ketika berpuasa, kita sering berasa waktu berjalan terlalu perlahan. Cuba anda sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja di pejabat atau menonton televisyen.

Selain itu, tidak salah jika anda perbanyakkan beribadat di bulan mulia ini. Bila lagi nak lipat gandakan pahala kalau bukan di bulan mulia ini?

Loading...

Leave a Reply