Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lapan muka surat al-Quran ghaib

“INI isyarat dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT berada di mana-mana,” kata Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri, 52, berhubung kehilangan lapan muka surat naskhah al-Quran milik abangnya yang disedari pada 25 Jun lalu.

Abdul Latif berkata, kehilangan lapan muka surat membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari ketika mereka 13 beradik beraya di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat.

“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajar guru, sebelum abang, Abd Manaf Juffri, 54, yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan al-Quran untuk dijadikan rujukan.

“Bagaimanapun, ketika diselak helaian al-Quran itu didapati dua muka surat tidak bertulisan dan kosong, sebelum kejadian sama berlaku pada enam muka surat bagi tiga surah berlainan,” katanya berkongsi kejadian berkenaan menerusi laman sembang WhatsApp.

Loading...

Abdul Latif yang berkhidmat di bahagian penerbitan sejak 1993 mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu, bahkan pengalaman itu adalah kali kedua dilalui abangnya.

Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata, enam pelajar tahfiz sebelum ini menurunkan tanda tangan mereka sebagai bukti al-Quran ini dikhatamkan sebelum dibeli semula abangnya.

“Menguatkan hujah mengenai kejadian itu adalah al-Quran berkenaan juga sering dibaca anak murid di sekolah abanag saya, malah mereka juga khatam dengan al-Quran sama.

“Namun ketika itu tidak berlaku kehilangan muka surat dalam naskhah kitab suci berkenaan hinggalah disedari pada Syawal lalu.

“Bila berlaku seperti itu, biasanya ramai mengatakan ia tersilap cetak, tetapi apa yang berlaku sebaliknya kerana ia khatam beberapa kali,” katanya menambah, kejadian itu berlaku ketika mereka adik-beradik mengadakan marhaban dan tahlil.

Katanya, isu kehilangan lapan muka surat al-Quran itu tidak boleh ditutup sebaliknya memberi petunjukk kepada manusia semakin hampirnya akhir zaman.

Loading...

Leave a Reply