Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Lahir dari ibu koma, bayi usia sebulan ini perlu bantuan

SEBELUM ini saya banyak membaca kisah-kisah sedih di Facebook. Tetapi, kisah kali ini betul-betul berlaku di depan mata saya sendiri.

Kisah yang bakal saya ceritakan ini menimpa jiran saya sendiri iaitu Fairol Haziri Rahim (Abe Yoe), berusia 44 tahun dan isterinya Kamareeyah Arwae (Kak Yah), 33 tahun.

Penderitaan mereka bermula pada Disember 2018 apabila Kak Yah disahkan mengidap barah otak dan terpaksa dibedah. Setelah menjalani pembedahan pertama pada 25 Disember 2018, dia dimasukkan ke ICU HUSM Kubang Kerian, Kelantan kerana koma sehingga sekarang.

Ketika pembedahan pertama dilakukan, doktor mengesahkan Kak Yah mengandung dua bulan setengah tetapi mereka menjangkakan kandungan akan gugur sebab terlalu lemah.

Tapi siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah. Kandungan selamat dan tanggap 16 Mei 2019, Kak Yah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan melalui pembedahan ketika beliau masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Alhamdulilah. Bayi yang dilahirkan sangat comel dan diberikan nama Farah Hanis.

Buat sementara, anak sulung yang berusia setahun setengah dan bayi dijaga oleh sepupu Abe Joe yang menyewa di kawasan perumahan yang sama.

Demi menjaga Kak Yah, Abe Yoe terpaksa berhenti kerja dan mereka kini menumpang di rumah yang disewa oleh adik Abng Joe (sebelah rumah saya).

Abe Yoe tiada sumber pendapatan lain dan hanya mengharapkan ehsan serta bantuan dari ahli keluarga serta sanak saudara yang bersimpati.

Untuk pengetahuan semua, Kak Yah berasal dari Thailand.

Pada hari Ahad (23 Jun 2019), pihak JKM telah datang melawat dan menyumbang barang-barang keperluan dapur serta wang RM150 sebulan.Turut hadir, NGO Third Force.

Bantuan-bantuan yang diberikan ini sangat jauh dari mencukupi kerana:

Kak Yah memerlukan susu khas yang berharga RM92 setin yang tahan selama 3 hari
Lampin pakai buang saiz L
Peralatan sedut kahak
Susu khas bayi tidak cukup bulan (Nan Pro 1)
Bil-bil hospital yang tertunggak

Selain itu sesiapa yang mempunyai pakaian kanak-kanak yang tidak digunakan boleh sedekahkan kepada anak-anak Abe Yoe dan Kak Yah.

Sehubungan dengan itu saya meneru para dermawan agar membatu serba sedikit bagi meringankan beban yang ditanggung Abe Yoe sekeluarga.

Sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun BSN:

030010178609060100015
(Fairol Haziri Rahim)

Sebarang maklumat lawatan atau pertanyaan, boleh hubungi Ida di talian 01110571100.

Sumber: Syira Nur Syahira

Leave a Reply

Theme by Anders Norén