Sejak berita adik Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin tular di media sosial, ramai pihak telah tampil untuk menghulurkan bantuan termasuklah doktor pakar pelatih surgikal, Dr. Amalina Che Bakri dan pasukannya yang bersedia untuk merawat bayi itu di United Kingdom.

Pasukan perubatan sudah bersedia

Berita yang disampaikan oleh Dr Amalina sememangnya telah menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat bayi berusia 8 bulan itu pulih dari ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya.

Namun pihak keluarga masih mempunyai satu masalah yang perlu diselesaikan iaitu kekurangan sumber kewangan untuk membawa adik Ainul ke sana.

Berikutan itu, seorang pengguna laman sosial ini telah memuat naik kisah adik Ainul di Twitter bagi mendapat perhatian pihak Malaysia Airlines untuk menghantar Ainul ke United Kingdom.

MAS, they need help!

Muat naik tersebut telah mendapat respons daripada Malaysia Airlines yang memaklumkan bahawa pihak mereka sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada keluarga Ainul dan pihak pasukan perubatan.

Pihak MAS juga sedang berusaha membantu

Kenyataan daripada pihak Malaysia Airlines telah memberi khabar gembira buat bapa adik Ainul Mardhiah, yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menularkan mengenai keadaan anaknya.

Sumber: Sapik

Loading...