Pemergian ikon pop yeh-yeh, Datuk A. Rahman Hassan, 73, akibat komplikasi paru-paru malam tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.
Menurut anak sulungnya, Khir Rahman, arwah bapanya sebelum ini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sebelum menghembuskan nafas terakhir pukul 12.40 tengah malam.
Khir dalam satu posting di Instagram berkongsi gambar terakhir arwah bersamanya iaitu ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
View this post on InstagramLoading...
Pada posting tersebut, para peminat dan rakan-rakan artis memberi ucapan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan agar roh A. Rahman Hassan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Leave a Reply