Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Keutamaan kerajaan selesai hutang RM1 trilion – Mahathir

LONDON – Fokus negara ketika ini adalah untuk melangsai hutang RM1 trilion, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah, perkara lain dalam agenda negara perlu diletakkan pada keutamaan kedua.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan kini tidak mempunyai dana mencukupi untuk meneruskan kesemua projek serentak dan perlu bijak mengurus hutang.

Mengikut perkiraan, Malaysia bakal mengambil masa lebih 40 tahun untuk menyelesaikan hutangnya.

Tambah Dr Mahathir, jika hutang ini diambil mudah, tidak mustahil situasi kewangan yang melanda Greece akan terjadi kepada Malaysia dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa penting untuk Malaysia kembali kepada sistem pentadbiran yang menghormati perundangan dan demokrasi.

Begitu juga, tambahnya, kuasa jawatan Perdana Menteri perlu dibendung agar tidak berleluasa.

Antara langkah yang bakal diambil, Malaysia mungkin akan memperkenalkan syarat di mana seseorang individu hanya boleh berkhidmat sebagai Perdana Menteri untuk tempoh dua penggal.

Dr Mahathir menyambung lawatannya ke London, United Kingdom setelah selesai menghadiri sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-73 (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Beliau berucap pada ‘Sesi Ramah Mesra Rakyat Malaysia Bersama Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Royal Lancaster, di sini.

Antara yang turut hadir, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén