Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ketuanan Melayu sudah berakhir – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.

Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda PPBM berkata, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu.

“Ini bukan lagi zaman ketuanan Melayu tetapi kita sudah masuk fasa baharu di mana kita bincangkan tentang ke­saksamaan semua, bukan kesamarataan, tetapi kesaksamaan.

“Kita di zaman perkongsian kekayaan. Ini salah satu agenda yang akan parti saya ketengahkan dan perjuangkan,” katanya dalam Forum Ekonomi Belia 2018 di Ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini hari ini.

Kenyataan tersebut mendapat respons berbeza daripada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang berpandangan ketuanan Melayu sememangnya tidak lagi diamalkan, sebaliknya amalan politik dalam negara ini sudah sekian lama berubah kepada kepemimpinan politik Melayu.

Beliau berkata, perkongsian kekayaan seperti yang diuar-uarkan kerajaan juga bukanlah perkara yang baharu.

“Kita tidak lagi cakap soal ketuanan Melayu. Sudah lama kita cakap soal kepemimpinan politik Melayu. Saya rasa tidak ada sesiapapun masih lagi bercakap dalam konteks tersebut.

“Soal usaha kita mengagihkan kekayaan ke arah masyarakat saksama bukan perkara baharu. Jadi saya tidak faham kenapa itu menjadi satu bahan polemik,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén