Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ketua Polis Negara nafi anak Guan Eng ditahan di Singapura

KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan laporan berita yang mendakwa anak lelaki Lim Guan Eng ditahan di Singapura kerana cuba menyeludup masuk wang tunai RM2 juta ke negara itu.

Abdul Hamid memberitahu The Malaysian Insight, kejadian itu tidak pernah berlaku.

“Tidak benar. Tiada tangkapan dan tiada rampasan wang,” kata Abdul Hamid.

Terdahulu hari ini, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan anak lelaki “pemimpin kanan Pakatan Harapan” didakwa ditangkap selepas cuba membawa masuk wang tunai RM2 juta ke Singapura tanpa pengesahan.

Blog Malaysia-Today yang kemudian memetik laporan Nanyang itu dan mendakwa lelaki terbabit merupakan anak lelaki Lim, Clint Lim.

Laporan berkenaan turut menyatakan seorang individu bergelar Tan Sri turut terlibat, dan menambah pemimpin kanan Pakatan Harapan ke Singapura untuk mendaoatkan butiran lanjut berhubung dakwaan penahanan dan rampasan itu.

Sumber DAP pula berkata mereka tidak akan memberi maklum balas berkenaan dakwaan yang tidak berasas dan tidak disahkan. – 14 Mac, 2020.

Loading...

Leave a Reply