Bukan sekadar blog

Berita Utama

Ketawa selepas langgar peniaga nasi lemak sampai mati

RUTIN harian pasangan suami isteri yang menjual nasi lemak bertukar tragedi apabila kedua-duanya dirempuh seorang lelaki yang memandu kereta dalam keadaan mabuk.

Kejadian yang berlaku di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pagi semalam, telah meragut nyawa Roslinda Mohamad Isa, 44, manakala suaminya, Mat Subri Saad, 44, cedera parah.

Dah langgar orang, boleh lagi dia gelak

Menerusi kandungan rakaman video amatur yang tular, pemandu kereta mendakwa dia tidak dapat mengawal apa yang berlaku kerana dipercayai terlalu khayal malah mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

Lebih menyakitkan hati, suspek dilihat masih lagi memegang tin minuman kerasnya dan dengan gaya berseloroh dia mengugut untuk membunuh diri selepas orang awam yang berada disitu bertindak memarahinya.

Selepas disiasat, pemandu lelaki yang merupakan warga tempatan itu disahkan positif ganja malah dia juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan keretanya tamat tempoh.

Isteri beritahu rindukan arwah bapanya

Sementara itu, Mat Subri yang sudah mula sedar selepas kemalangan, tidak menyangka isterinya meninggal dunia dalam keadaan yang begitu tragis.

Mangsa berkata, beberapa hari sebelum kejadian berlaku, isterinya ada meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya yang telah meninggal beberapa tahun lalu menerusi status media sosial.

Loading...

Selalu bergurau suami isteri

Menurut pemilik gerai tersebut, dia berasa terkilan dengan kejadian yang berlaku terhadap mangsa yang telah hampir dua tahun bekerja dengannya.

Katanya, dia menyifatkan mereka sebagai pasangan yang bahagia kerana dilihat sering bergurau senda, malah kedua-duanya adalah pekerja yang rajin.

Dimaklumkan, jenazah Roslinda dikebumikan di Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah dan pemandu lelaki berusia 31 tahun tersebut telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.

Loading...

Leave a Reply