Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kereta mewah Vellfire, Honda Accord jadi kenderaan rasmi menteri PH tahun depan

Sekiranya sebelum ini Proton Perdana dan Toyota Camry menjadi pilihan pihak kerajaan, berbeza dengan kerajaan baharu ini yang memilih Toyota Vellfire dan Honda Accord sebagai kenderaan rasmi menteri dan pegawai tinggi.

Berdasarkan laporan daripada Malay Mail, dilaporkan pihak kerajaan memerlukan sebanyak 32 unit Toyota Vellfire yang ditawarkan secara kontrak untuk kegunaan para menteri dan pegawai-pegawai tinggi.

Selain Toyota Vellfire, pihak kerajaan juga bakal menyediakan sebanyak 3,000 Honda Accord untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan. Kenderaan-kenderaan ini juga bakal digantikan setiap empat tahun sejak mula digunakan.

Pihak kerajaan juga bercadang untuk menggunakan kenderaan daripada jenama tempatan iaitu Proton Persona dan Saga sebanyak 8,000 unit untuk kegunaan jabatan-jabatan kerajaan.

Dilaporkan kontrak kenderaan ini bakal dibuka kepada semua syarikat selepas kontrak 25 tahun bersama Spanco tamat pada hujung tahun ini.

Kontrak baharu yang bakal dibuka ini bakal menelan belanja sebanyak RM300 juta setahun membabitkan 12,500 unit kenderaan selama 15 tahun.

Nampaknya kita akan melihat lebih banyak unit kenderaan-kenderaan rasmi pihak kerajaan yang baharu menghiasi jalan raya tidak lama lagi melalui pelan terbaru daripada pihak kerajaan ini.

Loading...

Leave a Reply