BINTANG filem remaja Bollywood, Zaira Wasim, membuat pengumuman untuk meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjaya tersebut menganggu kehidupannya sebagai umat Islam.
Bintang terkenal dengan filem Dangal itu berkata, dia tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di pawagam India.
“Perjalanan ini meletihkan apabila saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Hidup terlalu pendek namun terlalu lama untuk memerangi jiwa ini.
“Oleh itu, hari ini saya buat keputusan dengan baik dan secara rasminya memberitahu pembubaran saya dalam bidang ini,” ujar Zaira di status laman sosialnya pada Ahad.
Filem Dangal berdasarkan kisah seorang ahli gusti India itu menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi di India pada tahun 2016.
Zaira, 18, memenangi Anugerah Anak Kebangsaan dalam Pencapaian Luar Biasa menerusi peranannya dalam filem yang menampilkan pelakon Aamir Khan.
Zaira berkata, walaupun meraih populariti menerusi filem berkenaan, dia tidak gembira dengan apa yang dilaluinya.
“Bidang ini membawa banyak cinta, sokongan kepada saya, tapi apa yang berlaku sebenarnya membawa saya ke arah kejahilan.
“Saya tidak sedar secara diam-diam iman saya terjejas. Saya bekerja di persekitaran yang secara konsisten menganggu iman saya. Hubungan saya dengan agama terancam,” ujarnya.
Sementara itu, ulama Islam terkenal dari Zimbabwe Mufti Ismail Menk, dan bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah menyokong keputusan Zaira untuk meninggalkan kerjaya lakonannya.
IBRAHIM
VEEERRYY GOOD IDEA FOR FUTURE AND RELIGION
IBRAHIM
PREPAIR FOR DIE AND TOWARD HEAVEN. INSYAALLAH GOOD CHOICE FOR PERSONAL LIFE. LIFE IS SO SHORT..SOO GET RAEDY FOR DIED AND MEET ALLAH SWT
nor
Everything we do, we dedicate to you (Allah), cause you (Allah) made us, we are for you (Allah). I look, I look, I look, I see – from cat steven song I look, I see.
May Allah help you in the future.
Shy
Everything we do, we dedicate to you (Allah), cause you (Allah) made us, we are for you (Allah). I look, I look, I look, I see – from cat steven song I look, I see.
May Allah help you in the future.
khairol Husna Abd Halim
👍👍👍👍 Aaminn..
yie
🤲🤲🤲👍👍👍
Moslimah Bte Hj. Abd. Karim
Subhanallah. Allah is the Greatest. You got Hidayah from Allah, so do as much ibadah as you can. Aamiin.
Anna
👍❤️
Zack
Torbaik laaa..elok na la ko tinggalkn berlakon ni…polok pogang tu semua haram..mati tu anytime..tongah berlakon buleh mampuih…yo tak..