Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kerajaan Terengganu bantu bawa pulang jenazah Siti Patimah

BESUT – Kerajaan negeri menyumbang RM10,000 bagi membantu pengurusan membawa pulang jenazah Siti Patimah Mohd Nor, 65, yang meninggal dunia di Australia, baru-baru ini.

Ia disampaikan oleh Pengerusi, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman, yang mewakili Menteri Besar Terengganu kepada keluarga arwah.

Menurut Nurkhuzaini, sumbangan ini bagi meringankan beban ahli keluarga yang memerlukan kos yang tinggi membawa pulang jenazah untuk disemadikan di Malaysia.

“Saya berharap agar urusan membawa pulang jenazah ke tanah air berjalan dengan lancar supaya arwah dapat dikebumikan dengan selamat,” ujar beliau.

Nurkhuzaini turut melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada kelurga arwah ketika menziarahi mereka di kediaman arwah di Kampung Lay Out Tok Saboh, semalam.

Turut sama menziarahi ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan ADUN Kuala Besut, YB Tengku Zaihan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Lay Out Tok Saboh, Hafiz Yusof.

Siti Patimah meninggal dunia di rumah anaknya kira-kira jam 2.59 petang waktu Australia (5.50 petang waktu tempatan) di Melbourne pada 11 Jun lepas.

Sejak malam semalam, viral di laman sosial Facebook keluarga Zarina Abdul Ghani, 35, memohon bantuan dana daripada rakyat Malaysia untuk membawa pulang jenazah ibu mereka,

Anak keempat daripada tujuh beradik berkata, keluarganya terpaksa memohon bantuan orang ramai di Facebook untuk mengumpul wang bagi membawa pulang jenazah Siti Patimah, berikutan tidak mampu menampung kos yang mencecah AUD10,000 (RM31,000).

Jelas Zarina, sehingga kini jasad ibunya disimpan sementara di The Coroners Court of Victoria, Melbourne sebelum dipindahkan ke Sydney dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia pada Rabu depan.

Menurutnya lagi, jenazah ibunya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pagi Rabu sebelum dibawa pulang ke rumah arwah di Kampung Lay Out Kuala Besut di sini.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén