Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kerajaan tak berubah walaupun kalah di Rantau – Mahathir

CYBERJAYA – Kekalahan parti kerajaan dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) tidak akan mengubah kerajaan sedia ada, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), parti kerajaan kadang-kadang tidak mendapat sokongan dalam mana-mana PRK.

“Apapun yang berlaku dalam pilihan raya kecil, parti mana pun yang menang, kerajaan (Pusat) tetap sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Technomart Rel 2019 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan PRK Rantau yang menyaksikan calon PH daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu yang memenangi kerusi DUN Rantau sejak 2004, memperoleh 10,397 undi daripada 56 saluran, mengatasi tiga pencabarnya dengan majoriti 4,510 undi.

Dalam pada itu, ditanya kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin PH memerlukan enam bulan lagi untuk membuktikan keupayaannya, Dr. Mahathir berkata, masalah utama yang dihadapi kerajaan sekarang ialah tiada sumber kewangan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk rakyat.

“Kita hadapi banyak masalah, kita tak ada duit, duit telah dicuri, itu masalah utama kita. Anda mahu membuat sesuatu tetapi duit tidak ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén