Bukan sekadar blog

Politik

Kerajaan PN gagal, sudah 11 minggu rakyat dilarang solat Jumaat – PAN

Malaysia mencatat sejarah hitam apabila tidak membenarkan rakyatnya yang beragama Islam untuk sembahyang Jumaat memasuki minggu ke 11 berturut-turut hanya lah beralasankan PKP dan tertakluk kepada keputusan MKN.

PKP dan diikuti PKPB telah memasuki minggu ke sebelas. Keadaan wabak jangkitan Covid 19 semakin baik. Beberapa negeri telah sekian lama diisytiharkan sebagai zon hijau.

Kini hampir semua sektor pekerjaan telah di benarkan semula dengan penjagaan khusus PKPB, kedai – kedai telah di buka, bisnes dah beroperasi semula.

Namun amat mengecewakan umat Islam ialah mereka masih tidak boleh bersembahyang Jumaat, yang dibenarkan hanyalah beberapa orang AJK masjid sahaja.

Amat mengecewakan di negara yang paling ramai mufti, pelbagai institusi agama wujud di setiap negeri, JAKIM dan Menteri Agama dan Menteri Kerajaan pintu belakang pun ramai yang beragama Islam tidak mampu untuk membuat suatu SOP yang boleh membenarkan rakyat bersembahyang Jumaat.

Tidak ada sifat berusaha dan langkah-langkah proaktif dari mereka padahal di zon dan negeri berstatus hijau sepatutnya dengan SOP yang ketat telah boleh membenarkan rakyat bersembahyang Jumaat.

Malu kita kepada negara-negara maju yang umat Islam nya hanyalah minoriti telah membuat SOP yang ketat untuk bukan sahaja bersembahyang Jumaat tetapi juga sembahyang sunat Aidil Fitri.

Tidak ada sebarang perasaan bersalahkah di kalangan menteri-menteri melayu dan Islam atau memang mereka tidak mampu lagi berfikir secara waras lantaran segala fokus di tujukan kepada bagaimana untuk mengekalkan kerajaan mereka.

Pada saya ini adalah kesalahan terbesar kerajaan pintu belakang dan wajar ianya di humban segera. Bercakap berdegar-degar ingin daulat kan Islam tapi SOP untuk rakyat bersembahyang Jumaat pun tidak mampu buat.

Datuk Dr Ismail Salleh
Pengerusi PAN Kedah

Loading...

1 Comment

  1. Imran

    Saya dah tulis berkenaan ini, jemput baca di sini Dato :

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158140406708567&id=824153566

Leave a Reply