Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kerajaan PH tubuh pasukan khas wujud sejuta peluang pekerjaan

KERAJAAN menubuhkan satu pasukan petugas untuk memastikan sejuta peluang pekerjaan berkualiti disediakan kepada golongan belia dalam tempoh lima hingga 10 tahun bagi mengatasi masalah pengangguran golongan itu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pasukan petugas yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu baru sahaja diluluskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Pada mesyuarat kabinet itu, saya telah usulkan beberapa isu berkaitan belia terutama memastikan peluang pekerjaan bermutu untuk golongan belia dan jemaah menteri bersetuju meluluskan satu pasukan petugas khas untuk mencipta satu juta peluang pekerjaan berkualiti kepada golongan berkenaan.

“Pasukan petugas itu juga antara lain adalah antara usaha kami untuk tunaikan janji manifesto Pakatan Harapan,” katanya selepas merasmikan Festival Belia Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata, uniknya pasukan petugas itu bukan sahaja diwakili jemaah menteri malah akan disertai tokoh korporat yang telah sekian lama menjana puluhan ribu peluang pekerjaan di Malaysia.

Syed Saddiq berkata, pihaknya juga memerlukan bantuan dan sokongan daripada sektor swasta untuk membantu pasukan petugas itu menyediakan satu juta peluang pekerjaan kepada golongan belia dan beliau percaya perkara itu akan dapat dicapai.

Loading...

“Kerajaan memandang serius soal menyediakan peluang pekerjaan untuk golongan belia kerana mereka merupakan golongan yang akan membangunkan negara pada masa hadapan sebab itu kita perlukan sokongan daripada pihak swasta dan tokoh korporat untuk bersama-sama mencipta peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.

Menurutnya, menerusi pasukan petugas itu juga, pihaknya akan menjalankan kajian bagi memastikan permulaan gaji bagi lepasan daripada bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dapat dinaikkan dari RM1,400 kepada RM1,800.

Katanya berdasarkan kajian yang dijalankan Bank Negara mendapati tenaga kerja berkemahiran masih menerima permulaan gaji yang sama dan masih statik sejak 20 tahun lepas sehingga menjejaskan lepasan daripada bidang TVET.

“Mereka bukan minta banyak sangat hingga RM6,000 hingga RM7,000 untuk permulaan kerja sebaliknya berilah gaji yang lebih bermaruah.

“Namun disebabkan lambakan pekerja asing merupakan punca utama gaji sektor berkenaan masih statik, jadi pasukan petugas berkenaan akan membincangkan serta mencari jalan penyelesaiannya,” katanya.

Loading...

1 Comment

  1. Pemerhati

    Lepas menang Pru14 kata mau tunai janji 1juta pekerjaan utk org MUDA.
    Apa yg dilakukan adalah memberhenti dan memecat org lama Konon2 tidak DIPERLUKAN lagi.
    Adakah itu Caranya membuka peluang pekerjaan?
    You and your promises are very misleading and reckless because you have nothing to show at all.
    What happen to the other promises like free education and free ptptn?
    Sorry to say, get all of those foreigners sent back to their country but your towkays / cronies are against it. Talk a lot but sadly nothing to show.
    POSTER BOY only

Leave a Reply