Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Politik

‘Kerajaan PH sentiasa jaga kepentingan Melayu, cuma kami tak heboh’ – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi bahawa kepentingan orang Melayu sentiasa dijaga oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)

Bagaimanapun, kata perdana menteri, tidak perlu bagi kerajaan untuk bermegah-megah tentang usaha yang dijalankan bagi orang Melayu, berbeza dengan parti pembangkang seperti Umno dan PAS.

“Kami juga menjaga kepentingan orang Melayu, cuma kami tidak membuat heboh mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Penggal Kedua Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir ditanya tentang sokongan orang Melayu yang kelihatannya beralih kepada pihak Umno-PAS, berdasarkan kepada dua kemenangan berturut-turut Barisan Nasional dalam dua pilihan raya kecil sejak dua bulan lepas.

Beliau turut menempelak Umno dan PAS, dengan mengatakan kedua-dua parti itu cuba memisahkan orang Melayu daripada kaum lain.

“Mereka cuba memisahkan orang Melayu daripada kaum lain dan perkara ini tidak baik bagi sebuah negara yang berbilang bangsa. Kepentingan orang Melayu akan dijaga oleh PH.

“Kami mahu memastikan bahawa ia bukan sahaja saksama tetapi juga adil. Hubungan kita mesti adil dan saksama, bukan hanya saksama tanpa keadilan. Kami telah menyatakan bahawa kami mahu kekayaan negara ini dibahagikan sama rata,” katanya.


Kepada soalan sama ada peralihan dalam sokongan Melayu mungkin mengakibatkan PH kehilangan beberapa negeri berikutan Umno dan PAS sedang menimbangkan untuk mewujudkan kerajaan ‘Penyatuan Ummah’ di beberapa buah negeri, Dr Mahathir menjawab: “Kita tengoklah”.

Mengenai kerjasama perpaduan antara Umno and PAS, beliau berkata kedua-dua parti itu mempunyai hak untuk berbuat demikian.

“Kalau dia nak bersatu, bersatu la. Kalau nak kahwin, kahwin la. Negara kita bebas,” katanya.

Umno dan PAS, selepas mewujudkan kesepakatan sejak Pilihan Raya Umum ke-14, secara rasmi menjalin hubungan politik sejak awal bulan ini untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

– Bernama

2 Comments

  1. Rashini

    Sawit berapa 1 tan ?
    Minyak ada turun singgitlimaposen ?
    Brim tukar bsah… volume turun !!
    Tol x hapus wahai ph penipu
    PTPTN Ada hapus ?
    Issskk… alhamdulillah,, raayat dah menolak ,, termasuk RAJA RAJA !!
    Tunggu masa ya !!

  2. Rashini

    Ppbm kawen DAP kawen PAN kawen PKR…dapat anak boleh nak bubuh bin @ binti. 🙃… langgar syariat !!
    Tapi Maha kaya tuhan…anak pun belum. Projek semua gagal !!
    Boleh plak ya…?

    Salah ker BN kawen PAS ?

Leave a Reply

Theme by Anders Norén