Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kerajaan PH komited tambah baik ekonomi negara

PUTRAJAYA – Kerajaan komited untuk menambahbaik ekonomi tanah air menerusi usaha bagi meningkatkan peluang pekerjaan di samping menjadikan Malaysia sebagai negara usahawan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, perkara itu merupakan antara fokus perbincangan Mesyuarat Khas Kabinet di sini hari ini.

Katanya, ia merupakan langkah permulaaan dengan perbincangan lanjut akan diadakan melibatkan para pegawai di kementerian masing-masing.

“Selepas ini akan bincang diteruskan dengan keputusan setiap kementerian dibawa dalam mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya ketika ditemui wartawan di pekarangan Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Terdahulu, satu Mesyuarat Khas Kabinet telah berlangsung lebih dua jam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu boleh dianggap luar biasa kerana berlangsung pada cuti umum Hari Pekerja.

Pada amalan kebiasaannya mesyuarat Kabinet diadakan pada setiap Rabu atau hari Jumaat (jika berlangsung persidangan Dewan Rakyat). – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén