Bukan sekadar blog

Politik

Kerajaan PAS Terengganu GAGAL Menyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat – Raja Bahrin

TINDAKAN KERAJAAN PAS TERENGGANU MENGHANTAR SECARA BERAMAI RAMAI RAKYAT TERENGGANU UNTUK BEKERJA DI SELANGOR BUKTI KEGAGALAN PENTADBIRAN PAS.

2 Januari 2022

1. Kita sebenarnya tidak terkejut atau hairan dengan sikap dan polisi kerajaan PAS Terengganu ini dengan sikap lembab dan “Selangor connection” nya.

2. Menteri Besar Terengganu, DS Samsuri Mokhtar telah menghampakan rakyat Terengganu dengan mengambil begitu ramai orang Selangor ke dalam Pejabat Menteri Besar Terengganu dan GLC Terengganu seperti Nurul Islam, Raja Idris Raja Kamaruddin dan Adram Musa sebagai contoh individu dari luar yang dibawa ke Terengganu.

3. Ramai individu luar bukan anak jati Terengganu kini menjawat perbagai jawatan dalam GLC Terengganu, lebih menyedihkan, setiap seorang membolot memegang berbelas jawatan ahli lembaga pengarah seperti dalam TDM dan sebagainya seolah olah tidak ada anak Terengganu lain yang layak.

4. Tepatlah digunakan peribahasa, “Kera di rimba di susukan, anak di pangkuan mati kelaparan”. Inilah nasib anak jati Terengganu hari ini.

5. Menteri Besar Terengganu dan Exco Terengganu banyak menghabiskan masa dan mengadakan mesyuarat Exco di Kuala Lumpur mengabaikan Terengganu dan tidak menghayati denyut naluri kesusahan hati rakyat Terengganu. Mereka terpisah dari realiti sebenarnya di bumi negeri minyak yang hanya berlagak kaya tapi rakyat terus miskin dan merana.

6. Polisi Kerajaan Terengganu yang tidak mesra pelabur dan lembab juga membuat ramai pelabur dan pengusaha kilang menjauhi Terengganu. Pengumuman semata mata untuk saham politik seperti sekatan serta garis panduan ketat, riadah dan pelancongan membuat syarikat luar memandang negatif untuk melabur kilang dan perusahaan di Terengganu.

7. Walaupun Terengganu melahirkan bilangan tertinggi murid sekolah cemerlang tingkatan 5 di Malaysia setiap tahun tetapi tiada usaha baik keerajaan negeri untuk membantu dan membimbing mereka dalam pendidikan tinggi dan kerjaya seterusnya membuat anak muda tidak berpeluang serta tidak berminat kerja di Terengganu dan ingin berhijrah ke negeri yang lebih maju seperti Lembah Klang.

8. Dengan sikap demikian Terengganu akan menjadi “pesaing sengit kepada Bangladesh” sebagai pengeksport pekerja teramai dunia keluar dari negeri sendiri.

9. Penghantaran beramai ramai rakyat Terengganu oleh kerajaan negeri ke Selangor untuk berkerja adalah bukti nyata kegagalan mencipta 20,000 peluang perkerjaan seperti manifesto PRU 14 PAS dan juga satu pengakuan betapa maju dan dinamiknya Selangor negeri Pakatan Harapan yang selalu dicerca oleh PAS.

10. Dengan berbillion ringgit dari hasil lumayan minyak dan gas, PAS Terengganu masih buntu idea dan gagal membantu rakyat.

11. PAS hanya tahu menabur janji janji manis yang tidak terlaksana kerana terlalu asyek bermimpi di siang hari.

12. BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN JANJI PERKERJAAN DALAM MANIFESTO PAS MENJELANG PRU 15, INI NYATA TINDAKAN DESPERADO TANPA MERASA MALU KEPADA RAKYAT YANG PAS GAGAL DI TERENGGANU.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Terengganu.

Loading...

Leave a Reply