Bukan sekadar blog

Hiburan

‘Kena check DNA tu…’ – Abam Bocey mengamuk, bayi sulung dihina pak cik tua!

PELAWAK popular, Abam Bocey semalam berkongsi berita gembira apabila isterinya baru sahaja selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar melalui laman sosialnya menyatakan rasa syukur selain mengucapkan penghargaan kepada rakan dan peminat yang mendoakan kelahiran bayinya.

Namun, terdapat komen-komen yang bukan sahaja mengguris hati Abam, malah membuatkannya naik angin kerana melemparkan penghinaan yang agak keterlaluan.

Apa tidaknya, selain terdapat komentar yang berbaur lucah, ada juga yang sehingga satu tahap mempersoalkan sama ada bayi tersebut anak kandungnya.

Komen itu tidak semena-mena membuatkan Abam yang dikenali sikap sempoinya bertukar garang kerana sangat terkilan dengan penghinaan tersebut.

Abam turut memuat naik tangkap layar individu lelaki yang menghina kelahiran anak sulungnya. Kenyataan biadap tersebut diperoleh menerusi ruangan komen di Facebook.

“Hina aku tak apa, jangan hina isteri atau anak aku,” kata Abam dalam satu lagi hantaran di laman Facebook sambil menyatakan “keinginan berjumpa” dengan lelaki tersebut.

Menerusi carian di Facebook, lelaki warga emas yang dimaksudkan Abam ialah individu menggunakan nama Lau Kok Chan.

Berdasarkan latar belakang profil, lelaki itu difahamkan seorang pesara tentera.

Komen berkenaan bagaimanapun menyebabkan rata-rata warganet mengecam lelaki berkenaan yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif.

Mereka juga mendesak supaya komen yang dianggap biadab itu diturunkan, malah mereka menyokong supaya Abam mencari individu berkenaan.

Loading...

1 Comment

  1. musa bin mohd amin

    Nampak photo lelaki@Jantan mmg baik alim lgi maklumlh photo pegi Mekah….setakat nk show off jer ….TAPI….????? Malulh dgn akhlak kamu sendiri….pegi Mekah balik utk bersihkan hati, lman dn jasad sekali bersihkan dpd najis @ kotoran yg ln

Leave a Reply