TAK semua kita boleh cakap, saya cakap ini pun dah salah, tapi saya perlu tegur supaya saya tidak perlu menulis lagi mengenai hal ini kerana saya mahukan kerajaan ini menjadi kerajaan yang baik.
Beberapa minggu ini saya terpaksa menerima berita-berita mengenai beberapa menteri kita. Dah setahun lebih, sekurang-kurangnya dah belajar sesuatu kan? Masih dibelenggu pembangkang lagi ke?
Apabila seorang Menteri Kewangan menyatakan bahawa negeri Sarawak akan bankrap. Saya faham perasaan orang Sarawak. Sebagai Pakatan Harapan, kita tak sepatutnya ‘bergaduh’ dengan kerajaan GPS Sarawak.
GPS bukan parti pembangkang cuma parti bebas pro Pakatan Harapan, sepatutnya kita sabagai kawan janganlah memburukkan kawan kita.
Bukan sahaja memburukkan tapi ianya tidak benar sama sekali. Kerajaan Sarawak menerima Sijil Audit Bersih Untuk Pengurusan Akaun Awam oleh Ketua Audit Negara selama 16 tahun berturut-turut, malah beberapa penarafan antarabangsa memberi rating tertinggi.
Adakah kerajaan Sarawak akan bankrap?
Saya rasa tidak.
Sekali lagi Menteri Kewangan kita membuat pengumuman Sasterawan Negara menerima RM5,000 sebulan sebagai hadiah dengan kehadiran Ahli Parlimen Port Dickson.
Mana Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya?
Sepatutnya yang buat pengumuman itu bukan Menteri Kewangan, tak semua Menteri Kewangan perlu umum.
… dan apa kejadah Ahli Parlimen Port Dickson dekat majlis tersebut?
Bukan apa, jangan lah jadi carca marba. Ini bukan masa untuk mencari lime light. Bukan lagi dalam pembangkang sekarang.
Satu lagi, semalam Menteri Pertahanan kita tulis sesuatu memburukkan Malaysia Airlines. Katanya tak dapat naik flight jumpa PM sebab delay 2 jam. Alahai, ingat MAS saja buat delay ke? MAS ni jarang sangat la delay kecuali masalah teknikal.
Yang tak fahamnya, apa kejadah Menteri buat kenyataan memburukkan national carrier semata-mata sebab delay nak jumpa PM?
Ibarat masa Najib dulu, hari hari meratib memburukkan Proton.
Teguran saya kepada Menteri-Menteri berkenaan. Tolonglah organize sikit, tahu priority.
Satu lagi, tolonglah jangan tanya PM ke siapa, berapa tahun nak lepas jawatan. Dia dah janji, dia akan lepas, lepas dah selesai semua.
Jadi tunggu lah kerja dia selesai, dia lepas lah.At least yang dapat nanti tak payah lah pening kepala dah.
Sumber: Kelab Che Det
Leave a Reply