SUSULAN kebakaran hutan yang semakin buruk di Australia, langit di Mallacoota dilihat berwarna merah darah.
Setakat ini, pasukan tentera telah memindahkan lebih 4,000 penduduk di daerah tersebut bagi mengelakkan sebarang risiko.
Dalam pada itu, sekumpulan Muslim mengadakan solat hajat di Bonython Park, Adelaide untuk memohon kepada Allah agar bencana terburuk itu reda.
Lebih 50 orang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berdoa supaya diturunkan hujan di lokasi kebakaran yang telah memusnahkan 5 juta hektar antaranya 1,500 rumah dan menyebabkan 23 dilaporkan meninggal dunia.
Solat hajat itu turut disertai masyarakat Kristian termasuklah Paderi Patrick McInerney dari Pusat Hubungan Kristian-Muslim.
Rakan kepada Paderi Patrick iaitu Professor Mohamad Abdalla turut memberi khutbah sebelum jemaah memulakan solat dan berdoa agar dipemudahkan urusan mereka di sana.
Leave a Reply