VIDEO seorang remaja lelaki dibelasah beberapa rakannya, viral di media sosial hari.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Taman Setia Indah, Johor Bahru.
Berdasarkan klip video berdurasi 36 saat itu, remaja berbaju biru dilihat menampar mangsa beberapa kali dan berkata, “Kau baru kenal aku siapa, kan?”.
Serentak dengan itu, suspek menarik rambut mangsa dan mengheret ke lantai sebelum dipukul bertubi-tubi diikuti beberapa rakan suspek yang memijak muka mangsa menggunakan kaki sehingga menyebabkan mangsa ‘kejung’ menahan kesakitan.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, seorang lelaki tampil memaklumkan bahawa kes itu telah diselesaikan dan laporan polis juga telah dibuat oleh bapa mangsa.
“…kes ini sudah dibuat report ke balai polis. Tujuan saya viralkan kes ini kerana saya bersimpati terhadap rakan saya. Mengapa perlu bergaduh sedangkan boleh berbincang secara baik.
Meskipun laporan polis telah dibuat, netizen tidak menganggap kes itu telah diselesaikan dan kini berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek yang jelas sekali bertindak melampaui batasan sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa.
Ummu
Memang patut diambil tindakan ….klu tidak lain kali akan berlaku lagi pada orang lain ..