KEKURANGAN diri bukan alasan bagi seorang kanak-kanak yang menghidap cerebral palsy untuk menghafal 30 juzuk al-Quran dengan lancar.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Naja, berusia 9 tahun itu merupakan antara peserta rancangan realiti, Hafiz Indonesia 2019.

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, Naja dapat menjawab setiap soalan yang ditanya oleh para juri dengan tepat.

Kemampuan Naja menyambung dan meneka setiap surah yang diberikan membuatkan para penonton yang hadir ke rancangan tersebut terpegun dengannya.

Malah, ada yang mengalirkan air mata kerana tersentuh melihat kesungguhan yang ada dalam diri Naja.

Para juri juga turut naik ke pentas untuk bersalaman dan mencium tangan anak istimewa ini.

Sementara itu, ibu Naja berkata, anaknya itu dilahirkan normal pada awalnya sebelum doktor mengesahkan yang dia menghidap celebral palsy sehingga menyebabkan anaknya itu lumpuh seluruh badan.

Loading...