Bukan sekadar blog

Berita Utama

‘Kalau rasa guru tak mampu ajar anak, ibu bapa ajarlah sendiri’ – Cikgu Emmet

KEPADA ibu dan bapa yang terasa hati bila melihat anak-anak dihukum guru sampai berbirat peha dan lengan dengan kesan rotan, pergi ke sekolah. Marahlah guru itu, rakam wajah guru yang terlebih ajar anak kita, sumpah seranahlah, buat laporan pada PPD, JPN dan report polis.

Buatlah… Yelah anak anda anak orang bukan anak pokok pisang, mestilah sayangkan? Dari kecik kita jaga hingga sekolah menengah sukahati pulak cikgu nak merotan.

Marahlah guru guru itu. Malukan mereka dengan merakam wajah mereka. Just Do it, itu hak anda sebagai ibubapa.

Puas hatikan? Seronok bukan sebab berjaya mengajar guru-guru yang menghukum anak-anak kita.

Ok kalau ibubapa rasa tindakan itu membuatkan anda MENANG. Ye, anda dah menang tapi hal yang sebenarnya, anak anda yang KALAH dalam jangkamasa panjang.

Sebab lepas ni, guru-guru akan lepas tangan. Hanya mengajar tapi tidak mendidik. Hanya mengajar tapi tidak menegur. Buat apa kita tegur kalau lepas ni ibu bapa berang. Buat apa dirotan kalau lepas ni ibubapa yang meroyan.

Maka anak-anak anda yang BESAR KEPALA ini akan membawa haluan sendiri. Jika dia sesat, maka sesatlah.

Maafkan saya kalau ada ibu bapa yang berasa hati dengan tulisan saya.

Ibubapa yang dihormati,

ILMU ITU DIAJAR SEIRING DENGAN ADAB. Sebab itu orang yang berilmu adalah orang yang beradab. Orang yang beradab akan hormat pada sumber ilmu iaitu gurunya.

Jika murid memaki guru BABI, PONDAN dan kata-kata sumpahan, maka murid itu tiada adab. Kalau tiada adab maka tiada lah ilmu yang akan masuk ke jiwa dan minda. Maka jadilah anak-anak kita yang miskin adab budi dan moral. Anak anak ini bila dewasa kelak tak mustahil akan meninggalkan kita sendirian, akan jijik menjaga kita yang tua dan sakit sebab adab tiada dalam jiwa.

Saya pernah dimaki BABI hanya kerana pelajar tak setuju keputusan saya semasa mengadili permainan futsal. Hmmm kalau ibubapa dimaki anak dengan perkataan BABI, adakah ibu bapa masih boleh mengusap pipi anak dan menciumnya?

Ye boleh, tapi tidak bagi saya walaupun saya tak melempang pelajar itu, tapi tetap tak lupakan kata-katanya hingga kini. Hingga satu hari saya dengar dia sekarang menghuni pusat serenti kerana menjadi penagih dadah. Sedihkan? Ye saya rasa sedih dan simpati pada ibu bapanya. Walaupun saya tak pernah berdoa dia jadi begitu.

Jadi, kepada ibubapa. Kalau rasa guru ‘Ah Qua’ tak mampu ajar anak, maka ajarlah anak sendiri di rumah. Nak pindah pun tak guna sebab jika berpindah ke sekolah lain pasti guru lain pun tak mahu membimbing jiwa anak anak ini kerana sudah tular di media sosial. Mereka hanya mengajar apa yang ada dalam sukatan sahaja. Bimbingan perlukan ikhlas, teguran dan dendaan supaya anak tak leka.

Pada guru, just play safe. Jangan kacau kalau rasa anak didik kita jenis tak dapat menerima teguran berkali kali. Tulis surat mengadu je pada ibubapa mereka. Mereka nak bertindak atau tidak terpulang pada mereka.

Tak payahlah cikgu rotan rotan sangat. Ini zaman revolusi industri 4.0. Kita buat je ‘kerja mengajar’ kita.

Ini sahaja pandangan saya.

Sumber: Cikgu Emmet

Loading...

18 Comments

  1. Hazel

    Saya pesan pada cikgu kalau nak rotan ka, apa ka buat lah..janji jangan sampai memudaratkan sudah.

    • Cgu Hai

      ye, saya setuju.Kalau nak merotan, rotanlah.Tapi jangan sampai berbirat sana sini.Rotanlah di tempat-tempat yang “sesuai” yang tidak meninggalkan kesan yang terlalu ketara.

    • Azhar

      Betol Tu..tak Salah kalau nak merotan…biasa nya kalau tempat selalu kena rotan bahagian punggung ngan tapak tangan..kalau kat bahagian badan mcm melampau kot sbb boleh meninggal Kan bekas ..

      • Jimbo

        Cikgu kalu nak rotan atau pijak takde masalah janji murid benar2 buat salah dan melanggar peraturan kalau lah ada aduan dari murid kepafa ibubapa saya akan pijak lagi supaya jadi orang

  2. Aloysius TC Yeo

    Kalau Ini adalah percakapan cikgu Emmett, saya rasa dia tak layak jadi cikgu. Mungkim dia jadi cikgu disebabkan tiada Jalan lain. Atau dia terfikir senang mau jadi cikgu. Mana ada cikgu negotiable senang give up dan suruh ibu bapak bawa balik anak sindiri untuk mengajar mereka sensitive. Malu betul Kalau ada cikgu cakap macam ini

    • Mimiey

      Maaf saudara, jangan di kata cikgu emmet ini tidak layak atau berputus asa.. tidak ada cikgu yang “give up” apatah Lagi zaman gen Y ini.
      Mungkin saudara terasa, bila ayat cikgu berbunyi meminta ibubapa ajar anak sendiri jika melihat cikgu tidak mampu mengajar.
      Lebih senang saudara suarakan saja pendapat, . Sebagai guru kalau saudara guru atau sebagai ibubapa, atau jua sebagai rakyat yang sayangkan generasi muda.

      Buat cikgu emmet, betul agak susah tangani bila ada pelajar yang bermasalah ini. Dan jika pelajar ini berpindah pun mungkin cikgu “play safe” untuk mendidik pelajar ini. Tapi cikgu. Peranan kita agar dia mendapat ilmu sebaiknya, jangan kita melihat kosong pada dia selepas ini, jangan kita tidak menaruh harapan yang dia jua mampu untuk berubah. Kekalkan semangat kita cikgu. Berusaha agar generasi kita ini menjadi yang baik baik, berilmu Dan berjaya dalam apa jua bidang yang Mereka bakal tempuhi.

      Jika anak ini masih jua tersasar, selepas itu. Cikgu tahu. Seperti jua pengalaman yang cikgu cerita Kan.

    • Fatin

      Habis nak suruh cikgu suruh buat apa? cuba bagi solution u kalau u jd cikgu, apa u buat?

  3. Cgu nor

    19tahun jd cgu mmg sentiasa diberi ngajar kelas hujung. Tk kira lelaki atau perempuan, tk kira apa agama pun…mmg kena byk bersabar, buat kwn, bwa nugget, kerepek utk pujuk ank2 ni bertenang, kdg2 hnya dpt mintak mereka ni salin nota /rumus/ formula kt depan…lps tu dh ajak kita bercerita…layankan aje.
    Rotan utk mendidik…tp ikut undang2. Macamana sekalipun pelajar perempuan mmg tidak boleh dirotan…rujuk semual undang/ pekeliling

    • Lunchaii

      Nasib aku bukan cik gu… kalau cikgu sendiri pun cakap mcm ni… baik tak jadi guru… aku sokong cakap cik gu Emmet… ibu bapa sila mengajar anak sendiri.. kalau dah cik gu tidak boleh mengajar…

      • Ain

        Anak tu sendiri dah ada perangai kurang adab di rumah……dah byk kes seblm ini …..cuba semak smula kes yg trdahulu……ketahui wahai ibu bapa

  4. Ahyu

    Bagus Kata2 Cikgu Emmet!!Ada apa hal pun, boleh dibawa bincang,x payah lah Sbb kesan rotan tu sampai nak rakam thn nak post me media social..sengaja nak besarkan hal kecil!

  5. Fuad

    Zaman saya bersekolah dulu dari tahun 60 an hingga 70 an….merotan murid olih Guru Besar dan Ustaz sekolah agama, adalah perkara biasa. Itu salah satu sebab generasi kami berjaya menjadi orang😁

  6. Ghazali

    Tahniah Cikgu Emmet, nukilan anda betul…..itu sebabnya ramai rakyat Malaysia sekarang kurang ajar….bercakap bahasa kurang ajar….sebab ibu bapa sekarang kurang ajar anak2 dia….semata2 mengharap anak belajar di sekolah….itupun cikgu kena ajar cara anak dia ….bukan ajar secara betul2 mengikut adap berilmu….perundangan moden mengongkong penebaran ilmu yang sewajarnya kpd pelajar….byk perkara yg tak boleh….sehinggakan pelajar jadi besar kepala….dan di tambah lagi dengan sokongan ibu bapa yg terlalu manjakan anak…sentuh sikit report Polis ….ambil tindakan perundangan…..dan hasilnya cikgu tawar hati utk mengajar…..yg rugi sapa….tiap tahun Cikgu tetap naik gaji tapi murid tak ketahwan jadi…. kalau nak masyarat Malaysia kembali berilmu dan beradap….saya rasa kita patut kembali kepada kaedah lama …..walaupun kolot…. generasi zaman tu (bapa yg mungkin dah bergelar atuk sekarang) yg lebih bersopan dan beradab….

    • Razafi Ghani

      “Sekolah itu mulia, ilmu itu mulia, menyampaikan ilmu itu mulia, mendidik itu mulia, belajar itu mulia, seorang guru itu tetap mulia” – teruskan mendidik cikgu.

  7. Mummy sedih

    Tapi zaman ni maaf jgk..ramai jgk guru yg guna perkataan kesat pd pelajar..dan ada yg lbh teruk ckp makbpk pljr bodoh hannya kerana silap mengajar anak dlm buat latihan sahaja..’mak bapak engkau ni bodoh!..rasa kata2 mcm tu elok @ tidak ????….

    • Par

      Biasalah… dlm setandang kelapa tu ada 1 atau 2 nyior komeng… Tp yg lain tu baik2 belaka.

  8. Wan puden

    Kalau arwah ayah sy dulu…
    Dia cakap
    “Cikgu nak buat apa pada anak saya buat lah…
    Patah takpa..
    Jangan mati ja

  9. Jm

    Apalah nk kecoh la nie,dlu kami time blajar xkira time sekolah rendah ke menengah ke sama aje kena balun ngn rotan,pembaris kayu kuning ka besika cubitka,penampaq ka picit teloq ka, tarik sideburnka tanganka semua ada, jalan itik,berdiri atas kerusi,denda tulis beribu patah perkataan dlm buku, dkt papan hitam, kena tampaq blkg bdn smpi tersungkoq ats meja guru semua pnh rasa tp xprnh trlintas satu patah perkataan pon nk kata apa “Cikgu Pondan” ke hapa sbb dh mmg tuh sikap dan tanggungjawab sebagai seorang guru utk mengajaq ilmu pengetahuan dan untuk memperbetulkan sikap murid dan pelajar yg terejal dan xberapa nk betul yg masih lg dlm proses mencari identiti.. Kami pasti sesape yg senagkatan dgn kami semestinya pernah melalui sedikit sebanyak pengalaman yg kami lalui cmnie n inilah yg menjadikan kami manusia dlm melalui kehidupan mendatang yg penuh pancaroba…

    “Guru sinar kehidupan sejagat”

Leave a Reply