Bukan sekadar blog

Berita Utama

Kalah PRK Kimanis, penyokong Warisan kepung Papagomo di lapangan terbang

Blogger Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo didakwa dikepung sekumpulan penyokong Warisan kerana tidak berpuas hati kalah dalam PRK Kimanis.

Kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Semenanjung.

Menurut jurugambar FMT Mohamed Rabbani Jamian yang berada di tempat kejadian, kira-kira 20 lelaki menghampiri Papagomo dan beberapa pengikut beliau yang memakai seragam biru BN sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Lelaki terbabit berpakaian biasa. Papagomo bersama kira-kira 10 kawannya ketika itu berada di kaunter masuk Malindo Air.

“Kedua-dua kumpulan itu saling mengeluarkan kata-kata kesat dan seorang dilihat menunjuk ke arah Papagomo dan memanggilnya ‘anjing kurap’,” katanya seperti dilapor FMT.

Menurut jurugambar berkenaan, Papagomo dilihat cuba melawan balas kumpulan berkenaan, tetapi dihalang oleh mereka yang berhampiran.

Polis dilihat bergegas ke tempat kejadian sewaktu Papagomo ditarik ke pintu pelepasan jauh dari tempat kekecohan.

Pada PRK Kimanis, calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Warisan sekadar meraih 10,677 undi.

Loading...

Leave a Reply