KUALA LUMPUR – Kakak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Perkara itu diberitahu oleh adiknya, Umi Hafilda Ali di Facebook, hari ini.

“Berita sedih Kak Long saya positif Covid-19 dan kini di hospital Sg Buloh.

“Moga Allah mendatangkan keajaiban kesembuhan tolong doakan,” katanya di Facebook.

Kakak sulung mereka, Norlia, 62 kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga semalam, 50 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu 7,059 kes. – MalaysiaGazette

Loading...