Ku Lihat Langit Biru

Bukan sekadar blog

Tragedi

Jururawat maut leher terjerut tali kain rentang

JURURAWAT maut selepas terjerut akibat terlanggar tali kain rentang yang tergantung melintang di hadapannya ketika menunggang motosikal di simpang tiga berhampiran Pasar Raya CMart, Jitra, semalam.

Mangsa, Siti Rofidah Md Khir, 27, disahkan meninggal dunia selepas hampir sejam mendapatkan rawatan di Hospital Jitra.

Difahamkan mangsa yang bertugas di Hospital Pulau Pinang dikatakan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Ketika kejadian dia dipercayai menunggang motosikal seorang diri selepas membeli barang keperluan membuat kuih raya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku sekitar 10.15 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Setiba di tempat kejadian mangsa tidak nampak terdapat tali kain rentang tergantung di hadapannya kerana kawasan itu gelap.

“Akibatnya, tali dipercayai tersangkut pada leher mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh bersama motosikalnya,” katanya.

Mohd Ismail berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra kerana kecederaan teruk pada bahagian leher mangsa, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik HJ untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén