Bukan sekadar blog

Berita Utama

Jururawat HUSM maut ketika pulang dari tempat kerja

BACHOK – Seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Mahligai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Yah Rosmi Mohd. Noor, 57, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta seorang diri dari arah Kota Bharu menghala ke Bachok.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kereta mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, pemandu kereta jenis Honda Jazz hanya mengalami luka kecil di bahagian rusuk sebelah kanan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply